Taoge Boleh Menyuburkan Sperma?


Selama ini ada mitos, makan tauge dapat meningkatkan kesuburan. Tidak salah kerana menurut laman kesihatan terkemuka WEBMD menyebutkan, tauge kaya akan vitamin E. Kadar vitamin E meningkat dari 24-230 mg per 100 gram biji kering menjadi 117-662 mg per 100 gram pucuk.

Vitamin E merupakan antioksidan yang dapat melindungi sel tubuh dari serangan radikal bebas. Vitamin E dalam taoge melindungi sel-sel telur dan spermatozoa dari berbagai kerosakan akibat serangan radikal bebas.

Serangan radikal bebas pada spermatozoa kemungkinan boleh menyebabkan sel tersebut cacat, seperti mengalami keabnormalan pada bahagian ekor atau kepala. Keabnormalan akan mengurangkan mobilitasnya (daya gerak) dalam mencapai dan menyuburkan sel telur, sehingga sukar berlaku proses kehamilan.

Sebaliknya, serangan radikal bebas pada sel telur wanita juga akan memberi kesan buruk. Kerana proses persenyawaan tidak berlangsung dengan baik, akan sukar memperoleh keturunan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Taoge Boleh Menyuburkan Sperma?"

Post a Comment