Kemahiran Kemandirian @ Survival Skills akan menjana kreativiti. Kepada sesiapa yang ingin oven hutan @ jungle oven, bolehlah menggunakan teknik ini. Ayam tidak akan hangus kerana tiada direct contact dengan api. Untuk lebih perisa boleh letak serai,halia dan sebagainya di atas tapak plate bulat. Telah diuji dan ayam masak sepenuhnya.
Peralatan :
- Tin minyak masak atau yang sewaktu dengannya.
- Batang besi untuk dipancang ayam. Batang kayu tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi kayu arang dalam tekanan suhu yang tinggi walaupun tiada direct contact dengan api.
- Tapak plate besi bulat. Ini tidak wajib kerana batang besi boleh dipancang terus ke tanah. Tapak plate besi bulat ini adalah untuk memudahkan ayam dipancang serta mudah letak sebarang bahan penyedap dibawahnya.
Proses Membakar :
- Ayam dipancang dengan batang besi. Tapak plate besi bulat dibawahnya. Boleh letak serai, halia etc di tapak plate besi bulat untuk tambah bau dan rasa.
- Tutup ayam dengan tin minyak masak. Tebuk lubang kecil di atas tin supaya tekanan wap haba boleh keluar.
- Letak kayu api atau sabut kelapa disekeliling tin dan nyalakan api.
- Jangka waktu bakar adalah sekitar satu jam hingga dua jam bergantung pada berapa besar dan marak unggun api yang dihasilkan.
0 Response to "Cara Membakar Ayam Guna Oven Hutan (Survival Skills)"
Post a Comment