Ramuan Body Scrub untuk Kulit Berjerawat


Jerawat tidak hanya menyerang wajah. Ada beberapa orang yang tubuhnya juga berjerawat. Sama seperti wajah, tubuh anda juga perlu pengelupasan kulit. Meski tubuh berjerawat, anda tetap boleh melakukan scrub, menggosok tubuh sebelum mandi dengan ramuan semula jadi.


Berikut adalah beberapa resipi mudah untuk membuat body scrub buat tubuh berjerawat dan jenis kulit yang lain di rumah dari bahan semula jadi seperti yang dilaporkan oleh Hindustantime.

Untuk kulit berjerawat

Jika tubuh anda berjerawat, jangan gunakan scrub kasar pada daerah-daerah tersebut. Kawasan ini sensitif dan memerlukan scrub lembut, nonkasar.

1. Oatmeal

Oatmeal menenangkan kulit dan mengurangkan kemerahan kulit berjerawat. Campur bijirin dengan yogurt dan sedikit kunyit. Oleskan pada daerah yang terkena. Cuci bersih dengan air selepas 15 minit.

2. Labu dan Timun

Untuk jerawat hitam dan besar, campuran labu pahit (Karela) dengan parutan timun. Gunakan dua kali seminggu untuk mengurangkan bintik hitam (blackheads) dan jerawat.

Karela bersifat antiinflamasi dan mencegah kulit dari jangkitan, juga dilengkapi dengan manfaat vitamin dan mineral. Karela mengawal keseimbangan minyak kulit dan boleh digunakan sebagai scrub wajah.


Untuk kulit kering

1. Teh Hijau

Buat daun teh hijau menjadi serbuk dan mencampurkannya dengan dadih serta gel lidah buaya dalam jumlah yang sama. Oleskan pada tubuh dan biarkan selama beberapa minit. Gosok lembut dan cuci dengan air.

Untuk kulit berminyak

1. Tepung Beras

Campur tiga bahagian tepung beras dengan 2 gram tepung terigu. Tambah dadih dan sedikit kunyit agar campuran menjadi pes. Oleskan pada tubuh dan biarkan selama 10 minit. Gosok perlahan pada kulit dan bilas dengan air.

2. Serbuk Kulit Limau

Campur serbuk kulit jeruk kering dengan serbuk kelopak mawar, cendana dan sejumlah kecil jaiphal dan barli. Ini akan membantu mengurangkan keadaan kulit yang berminyak, yang tentu saja dapat melawan jerawat.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ramuan Body Scrub untuk Kulit Berjerawat"

Post a Comment