Saudi Akan Bekalan Senjata Canggih Untuk Pejuang Syria


BBC memetik kenyataan seorang pegawai Saudi, yang disebut mempunyai jabatan tinggi dan tidak mendedahkan identitinya, memberi jaminan bahawa Arab Saudi akan meningkatkan sokongan untuk puak revolusi di Syria, dalam menanggapi campur tangan Rusia baru-baru ini.

Pegawai Saudi yang berjaya disahkan, memberikan keterangan bahawa puak yang akan mendapat bekalan senjata adalah: Tentera Pembebasan Syria (Fre Syria Army), gabungan Jaysh al Fath dan Front Selatan (Jaysh al Islam). Kumpulan pejuang ini akan diberi sokongan berupa senjata canggih berdaya tinggi, termasuk peluru berpandu anti kereta kebal dan tidak menutup adanya kemungkinan termasuk juga peluru berpandu anti pesawat.

Menteri luar negeri Saudi, Adel al-Jubeir menekankan pentingnya pengunduran Assad; baik dengan penyelesaian damai, atau penyelesaian ketenteraan, dengan memberikan respon untuk soalan reporter Alhurra Channel tentang siapa yang akan melaksanakan penyelesaian tentera, al-Jubeir menjawab: "Anda akan lihat nanti".

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saudi Akan Bekalan Senjata Canggih Untuk Pejuang Syria"

Post a Comment