Bola Air Raksasa Jatuh dari Langit

Seorang penternak di pusat bandar Queensland telah merakam apa yang kelihatan seperti bola besar air yang jatuh dari awan badai. Fenomena tersebut terjadi pada tanggal 27 Januari 2015 di 80 kilometer (50 batu) timur laut dari Roma, atau 500 kilometer (311 batu) barat laut dari Brisbane. Fenomena ini dikenali oleh para ahli meteorologi sebagai microbursts,

Seperti yang dikutip dari versesofuniverse.blogspot.com, Microburst adalah sebuah downdraft (angin yang menghempas ke bawah) dalam skala kecil dan sangat sengit yang turun ke tanah yang menyebabkan perbezaan / penyimpangan angin yang kuat. Sebuah microburst awalnya berkembang ketika downdraft mula meluncur ke bawah dari awan hujan. Kawasan yang diliputinya biasanya kurang dari 4 kilometer. Microbursts mampu menghasilkan angin lebih daripada 100 mph menyebabkan kerosakan yang ketara. Rentang waktu terjadinya sebuah microburst adalah kira-kira 5-15 minit.
Ketika hujan turun atau bercampur dengan udara kering, ia mula menguap dan proses penyejatan ini menyejukkan udara. Udara sejuk tersebut turun dan mengalami percepatan saat mendekati tanah. Apabila udara sejuk tadi mendekati tanah, ia akan merebak ke segala penjuru dan penyimpangan arah angin inilah yang disebut microburst. Dalam iklim lembap, microburst juga boleh dihasilkan dari curah hujan yang tinggi.

Peter Thompson, yang merakam fenomena microburst dengan kamera telefon bimbitnya menggambarkan peristiwa ini sebagai seperti "bola air jatuh" dan "kelihatan seperti bahagian bawah awan jatuh." Kata Thompson, "Saya rasa dari ketika saya pertama kali mula melihat bola itu terbentuk sampai dia menyentuh tanah , hanya kira-kira dua minit. "

Kelajuan microbursts yang dapat menghempaskan apa saja yang "Dilabrak" nya betul-betul sangat berbahaya untuk penerbangan. Selama tahap letupan di atas atau dekat awan, angin "keriting" sebagai udara sejuk dari microburst bergerak menjauh dari impact point di atas tanah. (Disebut juga tahap galas / cushion stage). Selama tahap galas, angin kerinting tadi terus bergerak cepat secara mendatar dan sangat mengancam pesawat yang diterjangnya. Ilustrasi di atas boleh sedikit menggambarkan proses terjadinya microburst.


Microburst diklasifikasikan sebagai microbursts kering atau basah, bergantung pada seberapa banyak curah hujan yang menyertai microburst ketika mencapai tanah.

Laman web Australian Bureau of Meteorology mencatat bahawa microbursts juga boleh berlaku tanpa hujan deras, mencipta downdraft tiba-tiba di udara yang terbukti membawa maut bagi pilot. Dalam kes ini, sebahagian besar hujan telah menguap sebelum mencapai tanah.

Microburst kurang tersosialisasi dikalangan pengendali penerbangan kita, sehingga fenomena microburst ini jarang terdengar dilibatkan dalam setiap kes siasatan kemalangan pesawat, walau mungkin saja ia sering datang seperti halnya di negara lain. Seperti hasil kajian di AS, diketahui bahawa microburst merupakan salah satu penyebab jatuhnya pesawat di sekitar landasan pacu.

Microburst Thompson ini terjadi pada tarikh 27 Januari, ketika suhu di kawasan tersebut telah mencapai 39 ° C

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bola Air Raksasa Jatuh dari Langit"

Post a Comment