PARIS - Perancis sejak tahun 2014 ambil bahagian memerangi ISIS di Iraq melalui serangan udara. Dua bulan lalu Perancis juga ambil bahagian dalam serangan gabungan di Syria.
# 2014
18 September: Presiden Perancis Francois Hollande mengumumkan persetujuan memenuhi permintaan Iraq untuk bantuan udara menghadapi ISIS. Hollande menekankan "tidak akan bertindak lebih jauh" dan mengatakan tidak akan melibatkan pasukan darat serta Perancis hanya terlibat di Iraq, bukan Syria.
19 September: Jet pejuang Perancis melancarkan serangan udara pertama ke ISIS di Iraq utara.
24 Oktober: Pasukan gabungan itu termasuk dari Perancis menyerang pusat latihan ISI di Kirkuk.
# 2015
5 Februari: Presiden Hollande berkata misi melawan ISIS berjalan "terlalu lambat" dan Perancis bertekad "terus meningkatkan intensitas".
23 Februari: Perancis mengerahkan kapal induk Charles de Gaulle ke Teluk dan misinya selesai dua bulan kemudian.
7 September: Hollande berkata Perancis akan mengerahkan pesawat pengintai terhadap ISIS di Syria sekaligus menegaskan tidak akan menghantar pasukan darat ke Syria. Sehari kemudian dua Rafale jet AU Perancis melakukan pengintipan ke kedudukan ISIS selepas berlepas dari pangkalan di Uni Emirat Arab.
27 September: Perancis pertama kali melakukan serangan udara ke ISIS di Syria. Enam pesawat pejuang menggempur pusat latihan ISIS di bandar Deir Ezzor.
9 Oktober: Jet pejuang Rafale melakukan gelombang serangan untuk kedua kalinya sepanjang malam ke ISIS di Syria dan menggempur pusat latihan ISIS di Raqa.
8 November: Tentera Perancis mengebom infrastruktur minyak milik ISIS di Deir Ezzor.
14 November: Serangan ISIS menggoncang pusat bandar dan sekitar Paris, Jumat (Sabtu dinihari WIB), mengakibatkan lebih dari 127 orang terbunuh, disyaki sebagai tindakan balas dendam.
0 Response to "France Vs ISIS: Perancis Hantar Kapal Induk ke Syria, ISIS Hantar Bom ke Paris"
Post a Comment