Misteri Batu Belah Al Naslaa di Arab Saudi

Sudah pernah dengar nama Al Naslaa di Madinah, Arab Saudi? Inilah batu raksasa di tengah Padang Pasir Tayma, yang berselimut misteri. Lihatlah, batunya terbelah dua bagai ditebas pedang!


Padang Pasir Tayma lokasinya ada di barat laut Arab Saudi, atau di pertengahan antara Kota Madinah dan Dumah. Bandar paling dekat adalah Tabouk yang berjarak 264 km dari padang pasirnya.

Panoramanya sama seperti padang pasir lain di Timur Tengah, yang gersang tanpa ada kehidupan manusia. Namun ternyata, Padang Pasir Tayma mempunyai suatu misteri yang belum dapat diselesaikan bernama Al Naslaa.


Seperti yang dikutip dari detik.com, Al Naslaa merupakan batu yang unik. Betapa tidak, batu yang bersaiz besar ini kelihatan terbelah dua yang tegak lurus. Jika diperhatikan, belahannya tab seperti ditebas oleh pedang!

Bahkan, kedua-dua batu yang terbelah itu masing-masing mempunyai penyangga berupa batu kecil di bahagian bawahnya. Suatu formasi batu yang mampu membuat ahli arkeologi geleng-geleng kepala dan dianggap sebagai misteri.


Sehingga kini, belum ada teori memuaskan mengenai Al Naslaa. Ada yang beranggapan, kalau itu hanyalah hasil hakisan batu kerana kandungan mineral yang terdapat di bahagian yang terbelah lebih sedikit. Tapi tetap saja, ahli arkeologi bertanya-tanya, bagaimana boleh lurus begitu belahan pada batunya? Boleh bertahan sampai bila-bila batunya sebelum jatuh?

Satu lagi, ternyata terdapat lukisan purba di permukaan batu Al Naslaa ini. Ada lukisan berupa kuda dan manusia di dekat bahagian yang terbelah. Tapi tentu saja, lukisan itu hingga kini belum terungkap asal muasalnya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Misteri Batu Belah Al Naslaa di Arab Saudi"

Post a Comment