Heboh Ada Ular Berkaki di Filipina

Ular, sejauh yang kita tahu, biasanya bentuknya memanjang, tidak berkaki, dan termasuk pada golongan karnivor. Mereka sangat mengancam kehidupan haiwan lain, dan beberapa jenis diantaranya sangat berbahaya.

Itulah mengapa sebabnya, kebanyakan dari kita takut dan tidak berani menyentuhnya.

Seperti yang dikutip vemale.com dari philippinesdaily.org, baru-baru ini di Filipina, terdapat seekor ular misteri yang mempunyai kaki. Ular ajaib ini, dijumpai oleh Norberto Gambol, seorang warga desa Olango, di rumahnya, yang terletak di Mailig, Isabela, Filipina.

Penemuan tak terduga itu, berawal ketika Norberto sedang membersihkan rumahnya. Tiba-tiba dirinya melihat, seekor ular merayap di lantai. Ular itu kemudian masuk kedalam kardus. Kerana terperangkap di dalam kardus, Norberto, dengan mudah dapat membunuh ular tersebut.

Semasa mengambil ular tersebut, Norberto melihat ada yang tak biasa dengan bentuk ular itu. Sepasang kaki terlihat ada di badan ular.

Sejak saat itu, para jirannya menjadi gempar, mereka menyebarkan berita keanehan ular itu. Banyak warga yang berkhayal dan mengatakan berbagai teori mengenai asal-usul ular itu.

Ada yang mengatakan jika kemunculan ular itu adalah tanda-tanda kiamat. Sementara khabar lain mengatakan jika, ular tersebut mempunyai kaki kerana mutasi genetik.

Kaki pada ular itu kelihatan seperti kaki cicak atau iguana. Menurut saintis perhutanan, Arnold Frogoso dari Penro, Isabela berkata, jika memang ular itu mempunyai kaki kerana mutasi genetik.

Mutasi genetik merupakan perubahan besar makhluk hidup. Mutasi ini disebabkan kerana kerosakan DNA, yang tidak boleh diperbaiki, biasanya hal ini disebabkan kerana radiasi atau mutagen kimia, kesalahan dalam proses pembentukan gen. Berikut, video ular berkaki misteri, yang telah ditonton 1.2 juta orang lebih.

Mutasi genetik ini juga dipengaruhi dari faktor luar, seperti alam sekitar. Hal ini terjadi jika terdapat perubahan yang drastik terhadap habitat yang memaksa gen untuk berubah dan menyesuaikan diri untuk tetap bertahan hidup.

Terkadang, zat-zat tertentu yang digunakan oleh sebuah organisma juga dapat merangsang perubahan sifat gen ini.

Norberto, kemudian mengawetkan ular aneh ini di dalam botol, dengan diberi formalin. Banyak orang yang datang ke rumahnya untuk melihat ular itu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Heboh Ada Ular Berkaki di Filipina"

Post a Comment