Selama bertahun-tahun, teh hijau dipercayai mempunyai manfaat kesihatan yang menganggumkan. Kandungan antioksida yang tinggi, ditambah ketekin polifenol yang membuat tubuh lebih ramping membuat siapa pun ingin mengambilnya.
Tapi tunggu dulu, menurut penulis buku The Matcha Miracle, Dr Mariza Snyder ada satu jenis teh yang mempunyai kaya mempunyai manfaat 10 kali ganda lebih baik berbanding teh hijau iaitu Matcha.
"Matcha adalah serbuk yang diperbuat daripada daun teh hijau muda. Daun ini disimpan di tempat yang teduh dan disimpan selama 2-4 minggu sebelum musim menuai. Setelah kering, petani menggilingnya dan anda boleh mendatkan keseluruhan daunnya," katanya, seprti dikutip Foxnews, Senin ( 14/9/2015).
Yang menarik, menurut Mariza, klorofil pada matcha sama dengan tanaman pada umumnya, sehingga sangat baik untuk detoksifikas.
"Antioksidan pada matcha juga 14 kali ganda daripada blueberries dan sangat bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan jantung, menurunkan kolesterol, mencegah kanser dan diabetes jenis 2, dan meningkatkan kepekatan. Matcha juga mengandungi L-Theanine, asid amino yang dapat meningkatkan kewaspadaan mental. Hanya satu cawan meminumnya, anda boleh mendapat manfaatnya, "ujar Mariza.
Cara yang paling tradisional membuat matcha adalah menggaul dengan air yang panas tetapi tidak mendidih untuk menjaga antioksidannya.
Co-Founder sebuah syarikat Matcha di Amerika Syarikat, Jessica Lloyd berkata, anda boleh menggaul serbuk teh hijau ini dengan cara membentuk huruf 'M', 'W' atau seperti gambaran zig zag terbalik.
0 Response to "Teh Ini Mempunyai Khasiat Yang Luar Biasa"
Post a Comment