40 Lebih Gabungan Mujahidin Bersatu Untuk Hancurkan Rusia


Lebih daripada 40 kumpulan pejuang Syria bersumpah untuk menyerang pasukan Rusia sebagai pembalasan atas serangan udara Moscow dan menunjukkan perpaduan di antara kumpulan mujahidin untuk melawan "penjajah" Syria.

41 kumpulan, termasuk puak kuat seperti Ahrar al-Sham, Jaysh al Islam dan an Nusra berkata Rusia bergabung dengan perang di Syria selepas pasukan Bashar Assad berada di ambang kekalahan telak.

Rusia melancarkan kempen udara pada Rabu dan mendakwa menyasarkan ISIS. Tapi banyak dari serangan nampaknya telah diarahkan kepada puak mujahidin Syria dan orang awam.

Serangan Rusia sebahagian besar tertumpu pada wilayah barat laut dan tengah yang menjadi gerbang jantung pangkalan Assad di ibu negara Damsyik, dan di pantai Mediterranean.

Campur tangan Rusia secara meluas dikritik oleh kumpulan-kumpulan pembangkang Syria dan aktivis terutama kerana Moscow pernah memainkan peranan sebagai orang tengah dan tuan rumah perbincangan antara rejim Syria dan pihak pembangkang.

"Realiti baru ini memerlukan negara-negara dan kumpulan pejuang di kawasan itu untuk mempercepatkan pembentukan pakatan serantau untuk menghadapi pakatan Rusia-Iran yang menduduki Syria," kata 41 puak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahrar al-Sham. Hal ini nampaknya merujuk pada perikatan penyokong pembangkang seperti Turki dan Arab Saudi.

Pada hari sebelumnya website mujahidin melaporkan bahawa Ikhwanul Muslimin Syria menyatakan perang melawan pendudukan Rusia adalah kewajiban untuk semua orang yang mampu mengangkat senjata.

Detik Muslim

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "40 Lebih Gabungan Mujahidin Bersatu Untuk Hancurkan Rusia"

Post a Comment