Syria Bakal Jadi Tempat Perkuburan Tentera Rusia


Tentera Rusia yang baru saja masuk ke Syria sudah menjalankan tugasnya untuk menyerang pejuang. Bersama dengan pasukan rejim Bashar Al Assad, tentera komunis ini mengerahkan berbagai macam persenjataanya untuk kembali menguasai daerah kawasan pinggir bandar Hama dan sebahagian besar wilayah Idlib yang telah berjaya dibebaskan oleh para pejuang Syria.

Setelah mendapat kekuatan tambahan dari pasukan Syiah Iran dan beruang Rusia maka pasukan rejim merasa lebih percaya diri menghadapi pejuang Syria, sehingga mereka berani memulakan serangan besar besaran terhadap kedudukan pejuang, terutama di pinggir bandar Hama dan Wilayah Idlib tepatnya di kota Lothominah dan Kufur zeta dan jalan menuju ke bandar Kufur Nabudzah.

Menurut laporan dari sumber yang dipercayai, serangan bermula dengan persenjataan berat, dengan tembakan roket darat ke darat, tembakan meriam, mortar kemudian disusul serangan pesawat pejuang Rusia ke kedudukan yang didakwa menjadi markas pejuang suriah.

Selepas itu pasukan darat maju kedepan dari arah bandar Murik, bandar sempadan antara Provinsi Hama dan Idlib, menuju desa Lathmi dan Shoyyad maka para pejuang suriah dengan penuh kegigihan dan keberanian menghadapi serangan tersebut dan berjaya mematahkannya serta membunuh banyak pasukan penyerang serta memusnahkan banyak sekali tank tank Rusia.

Untuk sementara kerugian yang dialami oleh pasukan kuffar sebagaimana berikut :

25 kereta kebal dimusnahkan.
5 tank Rusia jatuh ketangan pejuang Suria.
5 BMB berhasil dihancurkan.
3 trak pengangkut pasukan dihancurkan.
3 buah Meriam 57 mm dihancurkan.
1 meriam 23 mm dihancurkan.
1 senapang mesin berat 14.5 mm dihancurkan.

Kira-kira 300 pasukan syiah dan pasukan penjajah Rusia terbunuh.
Hingga kini kereta kereta ambulans terus mengangkut mangsa terbunuh dan luka-luka dari pihak musuh menuju rumah sakit yang ada di bandar Hama.

Sumber : Gema Islam

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Syria Bakal Jadi Tempat Perkuburan Tentera Rusia"

Post a Comment