Kemenangan Mujahideen, Serta Kekalahan Pasukan Syiah dan Rusia di Syria


Pada Rabu pagi semalam (7/10/2015) perikatan Syria, Iran, Rusia mengerahkan pasukannya yang dilengkapi dengan berbagai macam persenjataanya untuk kembali menguasai daerah-daerah pinggiran bandar Hama dan sebahagian besar wilayah Idlib yang telah berjaya dibebaskan oleh para pejuang Syria, menurut sumber yang diperoleh Arrahmah dari wartawan lapangan di Syria.

Setelah mendapat kekuatan tambahan dari pasukan Iran dan Rusia, pasukan rejim Syria merasa lebih mempunyai keyakinan diri dalam menghadapi pejuang Syria.

Dengan mendapat sokongan yang luar biasa dari Iran dan Rusia, pasukan rejim Syria memulakan serangan besar-besaran terhadap kedudukan pejuang Syria, terutama yang berada di pinggir bandar Hama dan Wilayah Idlib. Tepatnya di kota Lothominah dan Kufur Zeta dan jalan menuju ke bandar Kufur Nabudzah.

Serangan dahsyat itu bermula dengan persenjataan berat, baik dengan tembakan roket darat, tembakan meriam, mortar kemudian disusuli dengan serangan pesawat pejuang Rusia ke kedudukan yang didakwa menjadi markas pejuang suriah. Selepas itu pasukan darat rejim Syria dan sekutunya maju kedepan dari arah bandar Murik, bandar sempadan antara Provinsi Hama dan Idlib menuju desa Lathmi dan Shoyyad.

Menghadapi serangan besar-besaran, pejuang Syria dengan penuh kegigihan dan keberanian menghadapi serangan tersebut. Setelah melalui pertempura sengit, pejuang Syria berjaya mengalahkan pasukan perikatan rejim Syria dan sekutunya, dan membunuh banyak pasukan penyerang serta memusnahkan banyak sekali tank tank Rusia.

Untuk sementara kerugian yang dialami oleh pasukan perikatan rejim Syria dan sekutunya sebagaimana berikut ...

1. 25 tank dihancurkan.

2. 5 tank Rusia jatuh ketangan pejuang Suria.

3. 5 BMB berhasil dihancurkan.

4. 3 lori pengangkut pasukan dihancurkan.

5. 3 buah Meriam 57 mm dihancurkan.

6. 1 meriam 23 mm dihancurkan.

7. 1 senapang mesin berat 14.5 mm dihancurkan.

8. Sekitar 300 pasukan syiah dan pasukan penjajah Rusia terbunuh.

Sehingga berita ini ditulis kereta kereta ambulans terus mengangkut mangsa terbunuh dan luka-luka dari pihak musuh menuju rumah sakit yang ada di bandar Hama.

(ameera / arrahmah.com)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kemenangan Mujahideen, Serta Kekalahan Pasukan Syiah dan Rusia di Syria"

Post a Comment