Jambatan Tertinggi di Dunia "Millau Viaduct"


Jambatan tertinggi di dunia adalah Millau Viaduct yang melintasi lembah sungai Tarn daerah Millau Perancis Selatan. Tiang tertinggi dari jambatan ini tingginya 343m atau 43 meter lebih tinggi dari menara Eiffel, dan dirasmikan tarikh 14 Disember 2004.


Jambatan Millau Viaduct (bhs Perancis: le Viaduc de Millau) adalah jambatan kabel raksasa yang membentang di atas lembah sungai Tarn berdekatan Millau di Perancis Selatan.


Seperti yang dikutip dari versesofuniverse.blogspot.com, jambatan ini direka oleh arkitek Inggeris Norman Foster dan jurutera awam berbangsa Perancis Michel Virlogeoux, jambatan ini sampai saat ini masih menjadi jambatan jalan tertinggi di dunia, dengan tinggi salah satu bahagiannya mencapai 343 meter (1125ft) -sedikit lebih tinggi dari Menara Eiffel dan hanya 38 meter lebih rendah dari Empire State Building di Amerika.


Fakta-fakta mengenai jambatan ini:

1) Tiang kaki-kakinya tertinggi di dunia: tiang P2 setinggi 244,96 meter dan P3 221,05 meter, memecahkan rekod Perancis yg sebelum ini dipegang oleh Tulle and Verrieres jejambat (141 meter), dan rekod dunia yg sebelum ini dipegang oleh Kochertal Viaduct ( jerman) yg berketinggian 181 meter.

2) Tiang jembatannya tertinggi di dunia: kemuncaknya mencapai tinggi 343 meter berdiri di atas tiang P2.

3) Jalan raya jambatan tertinggi di dunia: terletak pada ketinggian 270 meter di atas permukaan laut pada titik tertingginya. Hanya jambatan gantung Royal Gorge Bridge (321 meter) di Colorado, Amerika, yg lebih tinggi, itupun hanya digunakan untuk pejalan kaki.






Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jambatan Tertinggi di Dunia "Millau Viaduct""

Post a Comment