Mujahidin Syria Tembak Jatuh 3 Helikopter Rusia


Mujahidin Syria dilaporkan menembak helikopter rejim di langit kawan Kafr Nabudah di luar bandar Hama. Para aktivis lembaga pengawas HAM Syria mengesahkan helikopter itu jatuh, tanpa diketahui nasib juruterbang dan tentera yang ada di dalamnya.

Serangan pesawat pejuang, helikopter dan persenjataan berat dari pihak tentera rejim syiah Assad, dibantu Rusia, siang malam tanpa berhenti terus mengebom kedudukan pejuang Syria.

Sementara itu, pejabat media gabungan mujahidin Jaisyun Nashr, Muhammad Rasyid, melaporkan dalam satu kenyataan rasmi kepada portal eldorar.com bahawa pejuangnya menembak jatuh helikopter Rusia di luar bandar Hama Utara.

Rasyid menjelaskan, helikopter tersebut berusaha menurunkan sesuatu di kawasan Al-Mughayyar. Mujahidin memanfaatkan kesempatan tersebut untuk meneka dari jarak jauh dengan senjata anti pesawat.

Tembakan mujahidin tepat mengenai sasaran. Helikopter itu pun bergerak dengan asap yang keluar dari badannya. Beberapa saat kemudian, pesawat itu jatuh di daerah Karnaz yang dikawal rejim Syria.

Sementara itu, belum disahkan dari sumber lain sama ada helikopter itu milik tentera Rusia.

Di saat bersamaan, lembaga pengawas HAM melaporkan pertempuran sengit berlangsung antara mujahidin dan tentera Syria di kawasan Sahlu Al-Ghab, wilayah Hama. Sejumlah tentera terbunuh dan peralatan tentera rejim Syria hancur akibat pertempuran itu.

Tentera Syria yang disokong militia Iran, Hizbullah dan juga tentera Rusia, Kamis kemarin, melancarkan operasi darat di Sahlu Al-Ghab yang telah dibebaskan mujahidin. Kawasan ini sangat penting kerana ia menghubungkan wilayah Idlib, Hama dan Daraa.

Sumber: arabi21.com

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mujahidin Syria Tembak Jatuh 3 Helikopter Rusia"

Post a Comment