Susan Al-Fasal rahimahallah kehilangan nyawanya dalam salah satu daripada siri eksekusi mati bertopengkan penguatkuasaan undang-undang Syariah yang dilakukan oleh ISIS di bandar-bandar yang mereka duduki, seperti di Manbij dan Raqqah. Hal ini sebagaimana disampaikan para mantan anggota, pengurus dan warga kota "Daulah" yang menyaksikannya.
Susan dibunuh dengan cara yang keji. Lehernya dicekik dengan tali sehingga ia menghembuskan nafas terakhirnya. Dalam sebuah video yang akan tersebar luas di pelbagai media sosial ini, ia tampak duduk tak berdaya tanpa perlawanan sebelum dicekik di hadapan khalayak, innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Muslimah muda ini dilaksanakan lantaran didakwa telah murtad oleh ISIS hanya kerana menjalin komunikasi dengan kakaknya yang merupakan seorang Mujahid Al-Qaeda. Sebagaimana diketahui bahawa ISIS telah mendakwa murtad kumpulan-kumpulan jihad di luar kelompok mereka. Laa hawla wa laa quwwata illa billah.
Sumber: detikmuslim
0 Response to "ISIS Menculik Muslimah Syria Hingga Tewas Hanya Kerana Menghubungi Saudara Kandungnya"
Post a Comment