Pulau Berbentuk Kalung Mutiara di Qatar


Pearl-Qatar di Doha, Qatar adalah sebuah komplek perumahan mewah yang dibangunkan di pulau buatan. Pulau buatan ini mempunyai berpuluh-puluh pangsapuri, ratusan rumah, hotel, restoran, dan kedai-kedai mewah.



The Pearl-Qatar menjadi pembangunan pertama yang menawarkan hak milik dan perumahan untuk pelanggan antarabangsa. Pulau ini mempunyai ruang untuk 41,000 orang semasa pembinaannya selesai pada tahun 2015.



Bangunan yang menjulang tinggi dan di susun melingkar menyerupai kalung mutiara ini membuatnya mempunyai daya tarik tersendiri. Terdapat 31 tower pangsapuri yang melingkar di sekitar lagun dan sebuah dermaga dengan 750 kapal. Selain itu, terdapat lebih daripada 400 rumah dan 6,000 tempat letak kereta yang sangat luas untuk kedai-kedai mewah disana.


Terdengar sangat mewah bukan? Pemandangan pantai yang ditawarkan juga akan membuat anda
terpegun dengan keindahan alam yang ditawarkannya. Ingin lihat seperti apa reka bentuk pulau peribadi ini? Berikut seperti yang dilansir dari BuzzFeed.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pulau Berbentuk Kalung Mutiara di Qatar"

Post a Comment