Saintis Menemukan Komet 'Penghasil' Alkohol


Seandainya ada pesawat angkasa khusus, beribu-ribu liter arak (wine) boleh diangkut dari komet Lovejoy ke bumi.

Para penyelidik ruang angkasa mendapati bahawa komet Lovejoy menghasilkan etil alkohol-suatu jenis alkohol yang sama dengan yang terdapat di minuman keras. Penemuan alkohol ini merupakan yang pertama kalinya pada sebuah komet.

Penemuan ini menambah deretan bukti bahawa komet-komet disyaki merupakan sumber molekul-molekul organik kompleks yang diperlukan untuk menjadi bahan mentah kehidupan.

Nicolas Biver dari Paris Observatory, Perancis, dan sekaligus menjadi penulis utama suatu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, berkata, "Kami mendapati bahawa komet Lovejoy menebarkan alkohol sebanyak setidak-tidaknya 500 botol arak (wine) setiap saat pada saat puncak aktivitinya."

Seperti yang dikutip dari liputan6.com, pasukan itu juga mendapati 21 molekul organik yang berbeza dalam bentuk gas yang berasal dari komet itu, termasuk etil alkohol dan glikoaldehid-suatu bentuk gula sederhana.

Komet adalah hampas beku dari masa pembentukan sistem tata suria kita. Para saintis tertarik dengannya kerana boleh dikatakan komet masih murni dan oleh itu mempunyai petunjuk-petunjuk tentang bagaimana sistem tata suria ini terbentuk.

Kebanyakan komet melakukan orbit menjauhi matahari. Namun demikian, kadang-kadang ada gangguan yang disebabkan oleh graviti yang memaksa komet menghampiri ke arah matahari.

Ketika menghampiri ke matahari, komet menjadi lebih panas dan melepaskan pelbagai jenis gas. Dengan demikian, para saintis dapat menentukan komposisi bahan di komet tersebut.

Komet Lovejoy secara rasmi didaftarkan sebagai C / 2014 Q2 dan merupakan salah satu yang paling terang dan paling aktif selepas komet Hale-Bopp (1997).

Komet Lovejoy melintas paling dekat matahari pada 30 Januari lalu sambil melepaskan air dengan kelajuan 20 tan per saat. Pasukan tersebut mengamati atmosfera komet itu ketika sedang berada dalam keadaan paling terang dan paling aktif tersebut.

Mereka mengamati pendar gelombang mikro berasal dari komet itu dan dipantau dengan teleksop radio berdiameter 30 meter di Pico veleta di pengunungan Sierra Nevada di Sepanyol.

Kelengkapan mutakhir itu mampu melakukan analisa terhadap bentangan kekerapan yang lebih luas secara bersamaan, sehingga pasukan ini dapat menentukan jenis dan jumlah molekul-molekul yang berbeza dalam komet itu hanya dalam masa pengamatan yang singkat saja.

Beberapa penyelidik menduga perlanggaran komet pada bumi purba membawa bekalan molekul-molekul orgnik yang mungkin sahaja telah membantu asal usul kehidupan.

Penemuan molekul-molekul organik komples pada Lovejoy dan sejumlah komet lain memberi sokongan kepada dugaan ini.

Kata Stefanie Millam dari Goddard Space Flight Center milik NASA, yang sekaligus penulis bersama makalah itu, "Keputusan ini tegas menyokong idea bahawa komet-komet mempunyai kimia yang sangat kompleks."

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saintis Menemukan Komet 'Penghasil' Alkohol"

Post a Comment