Syaikh Muhaisini Sampaikan Berita Kemenangan Mujahidin Dalam Menghadapi Pasukan Assad Yang Disokong Rusia


Syaikh Muhaisini Sampaikan Berita Kemenangan Mujahidin Dalam Menghadapi Pasukan Assad Yang Disokong Rusia

Pertempuran sengit terjadi sejak pagi hari, Rabu (7/10/2015) antara ribuan pasukan rejim Syria yang dipimpin oleh jeneral-jeneral pilihannya, dan juga pegawai Rusia, melawan mujahidin Syria.

Serangan besar-besaran dilancarkan oleh rejim Syria ke arah Mourek demi membongkar kepungan mujahidin yang terus maju selepas memenangi pertempuran di wilayah Sahl Ghab, yang tidak jauh dari Mourek. Pasukan rejim Syria mengerahkan puluhan tank dan ribuan pasukan. Mereka juga dibantu oleh Rusia yang menghantar langsung pegawainya ke medan pertempuran, menurut maklumat yang diperolehi Arrahmah dari wartawan lapangan di Syria.

Dalam pertempuran hebat yang berlangsung selama 12 jam, Mujahidin berjaya memusnahkan 24 tank baja musuh dan merampas 2 lain.

Selain itu, Media-media mujahidin mengkhabarkan kalau perwira Rusia itu tewas dalam pertempuran.

Atas kemenangan ini, salah seorang ulama Mujahidin Syria, Syaikh Dr Abdullah Muhammad Al Muhaysini menyampaikan berita kemenangan yang diperolehi oleh mujahidin Syria yang berjaya mengalahkan ribuan Pasukan rejim Basyar Asad yang dibantu tentera Rusia.

Dalam sebuah link di Youtube, Syaikh Muhaysini menyampaikan kekalahan pasukan rejim Basyar Asad dan Rusia dalam pertempuran sengit di Mourek, Hama, Rabu (7/10) kemarin.

Dilaporkan bahawa pasukan Asad dan Rusia berjaya dipukul mundur dan 24 tank berhasil dihancurkan oleh barisan pembangkang yang tergabung ke dalam Jaisyul Fath, serta dua tank berjaya direbut.

Jaisyul Fath adalah pasukan gabungan, iaitu gabungan puak jihad yang terdiri daripada Jabhah Nushrah (JN), Jundul Aqsa, Faylaq Sham, Shamul Ummah, Fajr Islam, Shamul Islam, Jundu Sham, Hizbu Islam Turkistan, ajndd Kavkaz, ajndd Khilafah dan ajndd Sham.

Syaikh Muhaysini menyampaikan kekalahan pasukan rejim Asad yang dibantu tentera Rusia melalui link ini:



Detik Muslim

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Syaikh Muhaisini Sampaikan Berita Kemenangan Mujahidin Dalam Menghadapi Pasukan Assad Yang Disokong Rusia"

Post a Comment