Dikhuatiri, NATO dan Rusia Pecah Perang di Syria


Syria dikhuatiri akan menjadi arena bertarung bagi Rusia dan NATO. Kebimbangan tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu, kala dirinya menggelar jumpa wartawan di Istanbul.

Kebimbangan ini muncul kerana NATO mula merasa tidak selesa dengan gerakan yang kerap dilakukan Rusia di wilayah Syria, dekat sempadan Turki. Sebagai bentuk rasa tidak selesa, NATO langsung menggelar rapat untuk membahas manuver Rusia tersebut.

NATO dilaporkan akan kembali menggelar pertemuan dalam waktu dekat untuk membincangkan mengenai langkah-langkah apa saja yang akan mereka ambil agar Rusia menghentikan aksinya, dan juga tidak lagi melanggar wilayah udara Turki.

Davutoglu, dalam pernyatannya mengingatkan kepada Rusia dan NATO untuk tidak menjadikan krisis Syria sebagai kedok untuk saling adu kekuatan, atau mungkin arena bertarung bagi dua pihak yang mempunyai kekuatan ketenteraan sangat besar itu.

"Krisis di Syria bukanlah krisis antara Turki dan Rusia. Kami tidak ingin ini berubah menjadi krisis antara Rusia dan NATO," katanya, seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada Rabu (7/10/2015).

Bukan rahsia umum bila Rusia dan NATO memang sering terlibat konflik, walaupun tidak pernah terlibat konflik langsung. Kedua-dua pihak kerap terlibat perang urat saraf, terlebih ketika krisis di Ukraine pecah Februari 2014 lalu.

Atjehcyber

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dikhuatiri, NATO dan Rusia Pecah Perang di Syria"

Post a Comment