Video Kereta Api Menghantam Kereta Limousine

Limosin seringkali hasil pengubahsuaian kenderaan biasa yang dilanjutkan. Kenderaan ini biasanya disewa untuk acara-acara istimewa, seperti perkahwinan, ulang tahun, perayaan kelulusan dan pesta perayaan organisasi.

Namun, pemanjangan badan kereta boleh mengundang bahaya, seperti yang ditayangkan dalam video ini. Sebuah limosin yang sedang dipakai untuk perayaan ulang tahun tersangkut di atas lintasan rel kereta api di New Paris, Indiana.

Merujuk kepada video yang dimuat naik oleh Studio Noe Productions, terlihat seorang lelaki yang berusaha memberi amaran kepada kereta api dengan cara mengibarkan bendera merah, namun terlambat, seperti yang dipetik liputan6.com

Tidak dapat dielakkan lagi, kereta api tersebut melanggar limosin yang tersangkut di landasan. Video yang tertera di sini dimuat naik ke laman Facebook rasmi polis Elkhart County di Indiana. Mujurlah tidak ada korban jiwa dalam kemalangan tersebut.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Video Kereta Api Menghantam Kereta Limousine"

Post a Comment