Tahukan anda bahawa ais memberikan manfaat bagi tubuh anda? Ais boleh memberikan manfaat, bukan hanya sebagai pencampur dalam minuman sejuk saja. Ada beberapa cara di mana anda boleh menggunakan ais untuk menyembuhkan beberapa rasa sakit, dilansir dari lintas.me.
1. Sakit kepala
Anda tidak perlu memanggil doktor jika anda mengalami sakit kepala. Hal ini kerana ubatnya sudah ada di rumah anda, iaitu ais batu. Masukkan potongan ais batu ke dalam kain kemudian tempatkan di bahagian kepala anda yang sakit. Ini akan menyejukkan kepala anda supaya menjadi jauh lebih baik.
2. Tendonitis
Tendonitis biasanya mempengaruhi kaki, lutut, bahu, dan siku. Hal ini menyebabkan banyak rasa sakit dan membuat anda sukar bergerak. Namun, anda boleh menggunakan rawatan di rumah untuk meringankan keradangan ini. Taruh ais dalam tuala ke bahagian kaki anda yang sakit. Jangan menampal ais langsung ke kaki kerana akan merosakkan kulit anda.
3. Menenangkan mata
Kebanyakan orang menggunakan timun untuk mengademkan mata mereka. Hanya ada beberapa orang yang memilih menggunakan ais untuk matanya lelah. Ini akan mengurangkan pembengkakan apapun di mata anda. Taruh batu ais di atas selembar kain lembut dan kemudian letakkan di kelopak mata anda yang terpejam selama 15 minit. Ini akan membantu menenangkan mata anda yang bengkak.
4. Mengurangkan lebam
Jika anda mempunyai lebam, maka ada beberapa penyelesaian yang boleh anda gunakan. Gunakan ais batu ke bahagian lebam tubuh anda. Ini akan membantu pembinaan saluran darah. Pastikan bahawa anda menggunakan ais batu yang masih segar dan letakkan di bahagian lebam itu selama 15 minit hingga satu jam.
5. Luka bakar
Anda boleh menggunakan batu ais jika mengalami luka bakar. Ini akan mengurangkan rasa sakit dengan cepat kerana kawasan itu akan menjadi mati rasa.
0 Response to "5 Manfaat Es untuk Tubuh"
Post a Comment