Belut Raksasa Bermata Biru Kejutkan Nelayan


Seekor belut berwarna perak keabu-abuan mengejutkan penangkap ikan di perairan Inggeris kerana panjang tubuhnya yang masif: 2.1 meter.

Para nelayan tak sengaja menangkap belut berwarna biru itu pada 14 Mei di perairan barat daya England. Ketika itu, mereka sedang menebarkan jaring untuk menangkap ikan di sebuah kapal bernama Hope.

Belut besar itu rupanya tersangkut di jaring, dan sudah mati ketika diangkat ke kapal. Meski sudah tak bernyawa, belut itu membuat semua orang di kapal terkejut.

"Saya terkejut kerana saiznya begitu besar," ucap Scott Govier, seorang nelayan yang bekerja untuk Plymouth Fisheries kepada tabloid Daily Express, seperti yang dipetik metrotvnews.com dari LiveScience, belum lama ini.

"Apabila ditarik belut itu sudah mati, jika tidak, kami akan kembali lagi ke lautan," sambung beliau.

Dengan berat 70 hingga 73 kilogram, belut ini hampir memecahkan rekod di Inggeris. Rekod terbesar belut di Inggeris adalah 60,44 kilogram.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Belut Raksasa Bermata Biru Kejutkan Nelayan"

Post a Comment