Rahsia Tengkorak Kristal yang Misterius


Mulai akhir abad 19, beredar puluhan tengkorak ukiran yang diperbuat daripada kuartza putih sebagai koleksi peribadi mahupun umum. Sejak saat itu, asal-usul "tengkorak kristal" ini menjadi misteri dan memunculkan pendapat yang berbeza-beza.

Menurut laporan History.com yang dikutip liputan6.com, orang-orang yang mengaku sebagai penemu tengkorak-tengkorak ini yakin bahawa benda-benda itu berusia ribuan atau bahkan puluhan ribu tahun sejak masa peradaban Mesoamerika. Peradaban yang dimaksudkan termasuk Aztec, Taltec, Mixtec atau Maya.

Banyak yang percaya bahawa tengkorak-tengkorak kristal itu mempunyai kekuatan supernatural, termasuk keupayaan penyembuhan dan kemampuan psikis seseorang. Ada sejumlah pihak yang mengaitkan tengkorak-tengkorak itu dengan kota Atlantis yang hilang, atau menganggapnya sebagai bukti kewujudan makhluk angkasa luar yang melawat peradaban pra-Colombus, semisal Aztec.

Bahkan filem "Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull" pada 2008 memanfaatkan misteri tersebut dan menarik minat mereka yang mempercayai kekuatan tengkorak-tengkorak itu.

Di sisi lain, para penyelidik dan ahli arkeologi tidak percaya begitu saja. Sebagai contoh, tidak satu pun tengkorak itu ditemui dalam penggalian-penggalian yang rasmi tercatat. Bukan hanya itu, walaupun tengkorak merupakan motif lazim pada masa Mesoamerika purba, khususnya Aztec, gaya dan teknik pembuatan tengkorak-tengkorak itu tidak mewakili tengkorak-tengkorak asli masa pra-Colombus.

Baru-baru ini, para penyelidik dari British Museum di London, United Kingdom, dan Smithsonian Museum of Natural History di bandar Washington, DC menganalisis tengkorak-tengkorak kristal itu menggunakan mikroskop elektron. Mereka pun mencari pola-pola calar yang hanya boleh dibuat dengan alat-alat masa kini, bukannya batu, tulang, atau perkakas kayu yang lazim dipergunakan pada masa pra-Colombus.

Kesimpulannya, tengkorak-tengkorak kristal ini kemungkinan palsu dan dibuat pada tahun 1800-an. Pada masa itu, memang berlaku peningkatan minat pada dunia purba dan peninggalan-peninggalannya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rahsia Tengkorak Kristal yang Misterius"

Post a Comment