Serangan di Paris: PM Australia Salahkan IS


Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull mendakwa, serangan pengganas di beberapa lokasi di Paris sebentar tadi menunjukkan ada beberapa petanda ia dilakukan kumpulan militan Negara Islam (IS).

"Serangan itu mempunyai ciri amalan Daesh," katanya.

Kerajaan Australia menggunakan istilah Daesh untuk merujuk kepada pertubuhan IS.

Turnbull juga memuji peminat sukan bola sepak di Perancis yang menyanyikan lagu kebangsaan negara itu ketika diarah keluar meninggalkan Stade de France (stadium nasional Perancis).

"Maklumat mengenai serangan itu masih sangat terhad. Apa yang kita ketahui sekarang pasti berubah nanti.

"Pengganas membunuh atas nama tuhan namun apa yang mereka lakukan adalah perbuatan syaitan," katanya.

Sementara itu jurucakap pejabat pendakwa Paris, Agnes Thibault-Lecuivre mengesahkan lapan penyerang maut dibunuh pasukan keselamatan Perancis di dewan konsert rock di Bataclan.

Katanya, penyerang berkubu di dewan itu dengan menjadikan orang awam sebagai tebusan.

Sementara itu polis Perancis mengesahkan penyerang meletupkan diri sendiri ketika polis semakin menghampiri menyebabkan empat terbunuh di Bataclan, sebentar tadi.

Pegawai polis Paris, Michel Cadot berkata, sebelum itu suspek melepaskan tembakan rambang menggunakan mesingan sebelum masuk ke dewan konsert menyebabkan lebih ramai maut.

Cadot berkata, sebahagian penyerang berada dalam premis Stade de France - stadium kebangsaan di utara Paris - dan hampir pada masa sama beberapa penyerang lain mengganas di kawasan pusat bandar.

"Semua penyerang kini dipercayai mati walaupun kami masih memburu kemungkinan ada suspek lain," katanya.

Setakat ini polis mengesahkan sekurang-kurangnya 153 maut dalam serangan yang dilaporkan turut membabitkan letupan itu. (malaysiakini.com)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Serangan di Paris: PM Australia Salahkan IS"

Post a Comment