Berhadapan dengan dunia yang serba pantas dengan masing-masing terlalu sibuk mengejar urusan kerja, ada segelintir golongan yang tidak mengendahkan keperluan tidur sehingga menjejaskan kehidupan mereka sama ada dalam aspek fizikal mahupun mental.
Daripada aspek kesihatan tidur yang tidak berkualiti nyata mengurangkan keupayaan seseorang untuk menangani terkanan atau stres.
Menurut Konsultan Psikiatri Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Bharathi S. Vengadasalam, tidur yang berkualiti diperlukan bagi mendapatkan rehat yang mencukupi, sekali gus menjana kecerdasan dan aktiviti otak, mengekalkan indeks jisim badan dan memulihkan kembali tenaga yang telah digunakan.
“Ramai yang bertanya kepada saya apakah tandanya jika kita sudah mencapai tidur yang berkualiti. Jawapan saya cukup mudah iaitu, anda mampu bangun dari tidur tanpa memerlukan jam penggera.
“Sungguhpun dilihat remeh, tidur pada waktu yang sama pada setiap hari termasuk pada hari cuti dapat mencapai ketekalan (konsistensi) yang akan membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.
“Walaupun tanpa penggera jam, jika sudah mendapat tidur yang mencukupi, anda akan terbangun dengan sendirinya,” katanya ketika ditemui pada Forum Kesihatan Wanita, anjuran Hospital Pantai Kuala Lumpur di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Ujar Dr. Bharathi, mereka yang kekurangan tidur juga akan mengambil masa yang agak lama untuk bangun selepas dikejutkan dan kelihatan sangat letih walaupun selepas membersihkan diri pada waktu pagi.
Bukan sahaja menjejaskan keadaan fizikal, mereka juga boleh berhadapan dengan risiko obesiti dan diabetes.
Sebuah kajian dijalankan melibatkan 1,000 orang peserta menunjukkan mereka yang tidur cukup iaitu lapan jam, memberi tindak balas yang baik kepada kesihatan dalaman badan mereka.
Dalam hal ini, indeks jisim badan dan kandungan hormon ghrelin yang menyebabkan lapar, akan berkurang serta hormon leptin yang memberi isyarat kepada badan untuk berhenti makan juga semakin meningkat.
“Bagi orang dewasa, tempoh tidur malam selama enam ke lapan jam sudah mencukupi untuk memulihkan tenaga dan mengganti sel-sel badan yang rosak. Anda boleh mengelakkan pelbagai penyakit seperti jantung, halusinasi dan pelbagai jenis penyakit mental yang boleh menjejaskan ingatan,” katanya.
Gangguan Tidur
Tempoh waktu tidur nyenyak perlulah serasi dengan jam biologi badan. Masalah tidur seringkali dikaitkan dengan golongan yang sibuk bekerja, namun boleh juga berlaku kepada mereka yang mampu menentukan waktu tidur yang baik tetapi terpaksa berjaga tidak kira siang atau malam kerana mengalami gangguan tidur atau insomnia.Dilaporkan hampir 15 peratus daripada kalangan penduduk berhadapan dengan masalah ini.
Dengan berbekalkan pil tidur, mereka mengharapkan penyelesaian yang mudah, namun pengambilannya hanya berkesan dalam jangka pendek sahaja.
Sehubungan itu, ramai yang mencari-cari kaedah yang sesuai bagi membantu mereka mendapatkan tidur yang lebih nyenyak supaya berasa segar dan bersemangat apabila bangun pagi keesokan harinya.
Dr. Bharathi berkata, ada juga yang mengalami gangguan tidur disebabkan persekitaran, seperti bunyi bising serta hiruk-pikuk kenderaan dan sebagainya.
Katanya, pastikan juga televisyen tidak diletakkan di dalam bilik kerana hanya menyebabkan mereka menahan tidur sehingga larut malam.
“Apabila masih tidak dapat tidur, anda biasanya kerap melihat jam kerana risau tidur yang lambat menyebabkan anda bangun lewat keesokan harinya.
“Jadi, saranan saya adalah elakkan daripada melihat jam kerana akan membuat anda lebih risau dan langsung tidak membantu untuk tidur.
“Tenangkan diri dan ambil masa selama 20 minit untuk melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, anda boleh melakukan tugasan rumah yang ringan. Walaupun untuk tempoh 20 minit sahaja, sudah cukup untuk membuat anda penat dan anda boleh menyambung semula tidur dengan mudah,” ujarnya yang turut mengambil kira faktor pemakanan bagi mengelakkan gangguan tidur.
Tambahnya, ramai yang memilih waktu sebelum tidur untuk berfikir dan mereka juga menganggap masa sebelum tidur adalah waktu yang paling sesuai untuk berbincang suami isteri.
Namun, Dr. Bharathi berkata, itu bukanlah rutin yang baik kepada otak kerana waktu tidur adalah masa untuk merehatkan minda daripada memproses informasi yang dikumpul dan bukanlah masa untuk berfikir.
Apabila otak mula berfikir, boleh menimbulkan kerisauan jika perkara yang dibincangkan itu bukan suatu perkara yang baik.
“Sama seperti bermain telefon bimbit, anda cenderung untuk membaca, mendengar, dan melihat menyebabkan otak perlu memproses maklumat yang masuk di saat anda ingin melelapkan mata.
“Tidur merupakan sebahagian daripada perkara penting dalam gaya hidup sihat sama seperti penjagaan pemakanan dan senaman.
“Ramai tidak dapat memperoleh masa tidur yang mencukupi atau tidur yang berkualiti dalam dunia yang serba moden ini jadi amalkan tip yang mampu memberikan anda tidur yang berkualiti demi kesejahteraan hidup anda,” katanya.
Tempoh waktu tidur nyenyak perlulah serasi dengan jam biologi badan. Masalah tidur seringkali dikaitkan dengan golongan yang sibuk bekerja, namun boleh juga berlaku kepada mereka yang mampu menentukan waktu tidur yang baik tetapi terpaksa berjaga tidak kira siang atau malam kerana mengalami gangguan tidur atau insomnia.
Dilaporkan hampir 15 peratus daripada kalangan penduduk berhadapan dengan masalah ini.
Dengan berbekalkan pil tidur, mereka mengharapkan penyelesaian yang mudah, namun pengambilannya hanya berkesan dalam tempoh jangka pendek sahaja.
Sehubungan itu, ramai yang mencari-cari kaedah yang sesuai bagi membantu mereka mendapatkan tidur yang lebih nyenyak supaya berasa segar dan bersemangat apabila bangun pagi keesokan harinya.
Dr. Bharathi S. Vengadasalam, berkata, ada juga sesetengah golongan mengalami gangguan tidur disebabkan persekitaran, seperti bunyi bising serta hiruk-pikuk kenderaan dan sebagainya.
Katanya, pastikan juga televisyen tidak diletakkan di dalam bilik kerana hanya menyebabkan mereka menahan tidur sehingga larut malam.
“Apabila masih tidak dapat tidur, anda biasanya kerap melihat jam kerana risau tidur yang lambat menyebabkan anda bangun lewat keesokan harinya.
“Jadi, saranan saya adalah elakkan daripada melihat jam kerana akan membuat anda lebih risau dan langsung tidak membantu untuk tidur.
“Tenangkan diri dan ambil masa selama 20 minit untuk melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, anda boleh melakukan tugasan rumah yang ringan. Walaupun untuk tempoh 20 minit sahaja, sudah cukup untuk membuat anda penat dan anda boleh menyambung semula tidur dengan mudah,” ujarnya yang turut mengambil kira faktor pemakanan bagi mengelakkan gangguan tidur.
Tambahnya, ramai yang memilih waktu sebelum tidur untuk berfikir dan mereka juga menganggap masa sebelum tidur adalah waktu yang paling sesuai untuk berbincang suami isteri.
Namun, Dr. Bharathi berkata, itu bukanlah rutin yang baik kepada otak kerana waktu tidur adalah masa untuk merehatkan minda daripada memproses informasi yang dikumpul dan bukanlah masa untuk berfikir.
Apabila otak mula berfikir, boleh menimbulkan kerisauan jika perkara yang dibincangkan itu bukan suatu perkara yang baik.
“Sama seperti bermain telefon bimbit, anda cenderung untuk membaca, mendengar, dan melihat menyebabkan otak perlu memproses informasi yang masuk di saat anda ingin melelapkan mata.
“Tidur merupakan sebahagian daripada perkara penting dalam gaya hidup sihat sama seperti penjagaan pemakanan dan senaman.
“Ramai tidak dapat memperoleh masa tidur yang mencukupi atau tidur yang berkualiti dalam dunia yang serba moden ini jadi amalkan tip yang mampu memberikan anda tidur yang berkualiti demi kesejahteraan hidup anda,” katanya.
Cara mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi :
1. Kekalkan jadual waktu tidur.
2. Jangan memaksa untuk tidur.
3. Latihan fizikal sekurang-kurangnya 20 minit (lakukan pada lima jam sebelum tidur).
4. Elakkan mengambil minuman berkafein ketika makan tengah hari.
5. Elakkan minuman beralkohol ketika hendak tidur.
6. Jangan merokok terutamanya pada waktu petang.
7. Jangan tidur dalam keadaan yang lapar.
8. Pastikan bilik tidur dalam keadaan yang selesa (cahaya, tilam, warna, dan pengudaraan).
10.Kekalkan waktu bangun tidur seperti biasa termasuklah pada hari cuti.
11.Matikan telefon bimbit.
(www.utusan.com.my)
0 Response to "Tidur Tanpa Jam Penggera"
Post a Comment