Pernahkah anda menentang gaya graviti? Jika anda ingin tahu, anda boleh mencubanya dengan berkunjung ke salah satu rumah yang ada di Volgograd, Rusia.
Berbeza dengan rumah yang pernah anda lihat, rumah yang satu ini akan membuat penghuninya merasa pusing kerana dibina secara terbalik.
Rumah terbalik di Volgograd, Rusia sengaja dibina untuk menarik minat pelancong yang berkunjung ke sana. Rumah ini berdiri kukuh dengan bumbung yang berada di bawah, yang sekaligus berfungsi sebagai penopang rumah.
Tak hanya bahagian luarnya saja, seluruh barang-barang yang berada dalam bilik dalam rumah tersebut juga dibuat terbalik. Hal ini dibuktikan begitu masuk dalam rumah ini, pengunjung akan disambut dengan seluruh perabot ruang tamu yang dibina terbalik. Setiap rak, almari, kerusi meja dan lain-lain, justru diletakkan di atas bumbung.
Bilik tidur juga tak kalah unik. Baik tilam, bantal dan lampu bilik juga ditata sedemikian rupa sehingga membuat pengunjung serasa melawan gaya graviti. Tak hanya ruang tidur, bilik mandi di rumah ini pun direkabentuk terbalik, lengkap dengan bidet, bath-up, mesin basuh dan singki.
Lebih lanjut, rumah terbalik tersebut sudah dibuka untuk umum sejak 26 September lalu. Ini bukan pertama kalinya sebuah rumah dibina terbalik di Rusia. Awal tahun ini, rumah terbalik lain dibina di VVTs the All-Russia Exhibition Center, Moscow, Russia.
0 Response to "Aneh Ada Design Rumah Terbalik Di Rusia"
Post a Comment