Unik, Kapal Pesiar Serupa Pulau Tropika


Sebuah kapal layar mewah direka sebagai pulau tropika terapung. Dalam keterangan video yang dimuat naik oleh Sport76 yang mengutip dari Yacht Island Designs disebutkan bahawa kapal layar mewah ini merupakan konsep rancangan Yacht Island Designs dari Inggeris.

Seperti ang dikutip dari liputan6.com, Syarikat itu mengkhususkan diri dalam perancangan kapal layar yang amat sangat mewah. Kapal layar mereka kali ini dinamakan 'Tropical Island Paradise'. Para penumpang VIP menduduki bilik-bilik di dalam gunung berapi buatan di kapal itu.

Hiburan di dalam kapal misalnya ruang menonton, perpustakaan, bilik permainan, bilik sukan dan ruang-ruang untuk berehat seperti spa dengan cara lengkap. Ada empat bilik VIP di kapal layar itu dan setiap bilik mempunyai 'pantai' masing-masing.

Dek utama kapal itu seakan terbelah dua oleh aliran sungai di tengahnya. Sungai ini sendiri kemudian mengalir ke arah kolam renang yang terletak di bahagian depan kapal.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Unik, Kapal Pesiar Serupa Pulau Tropika"

Post a Comment