5 Faedah Makan Buah Durian

Buah Durian ini merupakan salah satu buah yang paling di gemari di tanah air. Harganya yang agak mahal tak menyurutkan niat orang untuk merasainya. Namun bagi sebahagian orang buah yang mempunyai rasa dan aroma khas yang tajam ini sangat menjijikan. Nah, di balik itu ternyata buah Durian ini mempunyai cukup banyak manfaat juga loh. Di bawah ini ada 5 manfaat yang dapat kita peroleh dari menyantap buah eksotik ini.

1. MENJAGA KADAR GULA DARAH
Walaupun mempunyai rasa yang manis, ternyata Durian mempunyai mangan yang dapat menjaga kadar gula darah agar tetap stabil. Sesuai untuk pesakit diabetes.

2. MENJAGA KESIHATAN TULANG
Durian juga mempunyai kandungan POTASSIUM yang dikenali dapat menjaga kepadatan dan kesihatan tulang pda tubuh kita ini.

3. MENINGKATKAN KESIHATAN KULIT
Kandungan vitamin C di dalam durian yang merupakan faktor penting untuk meningkatkan pengeluaran kolagen. Kolagen sendiri adalah zat yang tugasnya membantu pertumbuhan semula kulit serta membuat kulit lebih kenyal dan segar.

4. MENCEGAH SEMBELIT
Buah durian ternyata dapat memperlancar pencernaan, kerana mengandungi 37% serat sehingga mampu menyerap air dan membuat buang air besar lebih mudah dan lancar. Selain itu, serat di dalam buah durian boleh meningkatkan saiz dan massa najis untuk mencegah sembelit.

5. MENCEGAH ANEMIA
Anemia di sebabkan kerana kekurangan zat besi dalam darah, sehingga tubuh dapat diserang anemia. Kandungan folat dalam durian dapat membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah sehingga boleh secara automatik mencegah anemia.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " 5 Faedah Makan Buah Durian"

Post a Comment