Cahaya Merah Misterius di Atas Lautan Pasifik


Baru saja beberapa hari lalu dunia maya dihebohkan dengan cahaya hijau misteri yang kelihatan di teluk Thailand dari ISS, kini seorang pilot dan co-pilotnya telah melihat cahaya oren dan merah misteri di Lautan Pasifik. Seperti yang dikutip dari Alam Mengembang jadi Guru, cahaya aneh tersebut kelihatan di selatan Semenanjung Kamchatka Russia saat pilot dan co-pilot menerbangkan pesawat Boeing 747-8 dari Hong Kong ke Anchorage, Alaska.

Pilot Belanda JPC van Heijst menjelaskan pada PBase bahawa selepas lima jam dari penerbangan yang dirancang sepuluh jam, mereka melihat sebuah kilasan cahaya seperti kilat, mengarah tegak di kejauhan. Hal ini kemudian diikuti oleh cahaya merah dan oren yang mendalam 20 minit kemudian. Dan peristiwa tersebut membuat van Heijst menjadi tertanya-tanya, apa yang sebenarnya terjadi.


"Tadi malam di atas Lautan Pasifik, di suatu tempat di sebelah selatan dari semenanjung Kamchatka Russia, saya mengalami perkara paling menakutka dan paling membingungkan selama kerjaya terbang saya", katanya. Tidak ada badai pada laluan kami atau radar cuaca, jadi cahaya tersebut bukanlah petir yang berasal dari badai.

Cahaya ini jelas bukan cahaya dari kapal nelayan seperti yang terjadi di teluk Thailand; kerana menurut van Heijst tidak ada penangkapan ikan di kawasan ini.

"Semakin didekati, cahaya itu pun semakin sengit, menerangi awan dan langit di bawah kami dalam cahaya oren menakutkan. Cahaya ini berada di bahagian dunia di mana sepatutnya tidak ada apa-apa kecuali air, "katanya.


"Satu-satunya punca cahaya merah yang dapat kami fikirkan saat itu, adalah letupan gunung berapi besar persis di bawah permukaan laut, kira-kira 30 minit sebelum kami terbang di kedudukan yang tepat."

Van Heijst dan co-pilotnya pun bersiap-siap menghadapi abu gunung berapi di tengah malam itu, tapi untungnya mereka tidak mengalami hal semacam itu.

Sebelum penerbangan mereka mendengar melalui radio tentang gempa bumi di Iceland, Chile dan San Francisco. Tapi walaupun terdapat beberapa gunung berapi di laluan mereka, mereka tidak mendengar tentang adanya aktiviti gunung berapi baru - walaupun hal ini tidak selalu termasuk gunung berapi bawah laut yang tak terlihat.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cahaya Merah Misterius di Atas Lautan Pasifik"

Post a Comment