Hujung Pantai Ini Boleh Berubah ke Kiri dan ke Kanan


Tanduk Emas, juga disebut Zlatni Rat, adalah pantai yang paling menakjubkan dari semua pantai di Croatia. Pantai yang luas berkerikil keemasan ini, hampir 580 yard menonjol keluar ke laut seperti lidah yang putih menjulur ke laut. Ujung pantai mengalami perubahan bentuk dan kedudukan, bergantung pada angin. Dikelilingi oleh pokok pain dan laut yang jernih, pantai ini terkenal dengan keindahan yang sangat menarik.


Terletak di selatan ujung paling timur pulau Brac, Croatia, dekat Bol, pantai ini sepanjang tahun, menjadi tempat kegemaran bagi pelancong baik tempatan mahupun asing. Pantai ini menarik pelancong dari seluruh dunia, yang menikmati matahari, laut dan sukan air.


Pantai Tanduk Emas menawarkan pelbagai sukan air, termasuk jet-ski, scuba-diving SSI, banana boat, serta wahana payung terjun, bola tampar pantai dan banyak hal menyenangkan lain. Bagi mereka yang hanya ingin berehat, jauh dari cahaya matahari terik, hutan pain di dekatnya merupakan tempat peristirahatan yang sempurna.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hujung Pantai Ini Boleh Berubah ke Kiri dan ke Kanan"

Post a Comment