Inilah Video Bukti Bahawa Rusia Gunakan Bom Jenis Kluster di Syria

Kumpulan mujahidin Syria memperlihatkan sebuah video tentang strategi kotor tentera Rusia. Dalam video yang dikeluarkan pada Sabtu (10/10/2015), kelihatan bahawa Rusia menggunakan senjata berjenis bom cluster (bom curah) untuk menggempur pasukan mujahidin di Syria.

Bom Cluster adalah rangkaian bom berisi puluhan atau ratusan bahan letupan yang dipasang di roket atau dijatuhkan dari udara. Setelah mengenai sasaran, bom tersebut akan mengeluarkan beratus-ratus bom yang lebih kecil, yang bekerja seperti ranjau darat.

Selain bukti video tersebut, kumpulan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch (HRW) juga menuduh Rusia dengan tuduhan yang sama, yakni menggunakan bom cluster dalam operasi ketenteraan mereka di Syria.

Seperti dikutip dari AFP, bukti itu diperoleh dalam foto yang diperoleh ketika pasukan Moscow menjatuhkan bom cluster di desa Kafr Halab pada tarikh 4 Oktober lalu.

"Ini mengganggu bahawa jenis lain dari munisi kelompok telah digunakan di Syria, mengingat bahaya yang boleh disebabkan terhadap orang awam untuk tahun-tahun mendatang," ujar Nadim Houry, timbalan pengarah HRW Timur Tengah.



Sumber : Detik Muslim

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Inilah Video Bukti Bahawa Rusia Gunakan Bom Jenis Kluster di Syria"

Post a Comment