Subway Paling Seram di Jepun


Stesen kereta api Jepun yang terletak di wilayah Niigata ini sangat dalam dan menakutkan. Dibina pada 1912 oleh kerajaan Jepun, stesen kereta ini mempunyai platform yang terletak 20 meter di bawah permukaan laut.

Selain itu, seperti yang dipetik dari metrotvnews.com, stesen kereta ini berada di tengah-tengah sebuah terowong yang mempunyai panjang 11 kilometer. Para penumpang kereta di stesen ini mungkin sangat lelah dengan akses perjalanan menuju gerbong. Pasalnya, para penumpang harus menuruni anak tangga yang berjumlah 290, boleh dibayangkan, bukan hanya dalam tetapi juga menakutkan dan melelahkan.


Terbatasnya akses seperti tidak adanya lif maupun eskalator, stesen kereta bawah tanah ini juga diburukkan lagi dengan adanya tekanan udara yang dihasilkan oleh kereta api yang lewat sehingga penumpang boleh saja dilanda angin. Hal ini sangat diperhatikan oleh pengelola sehingga ruang tunggu penumpang dilindungi dengan sebuah pintu logam berat yang menjaga keselesaan penumpang dari terjangan angin.


Untuk masuk, para penumpang harus melewati kaunter tiket yang terletak di atas tanah. Jangan kaget di samping kaunter terdapat papan tulis bertuliskan suhu di bawah lorong stesen. Sangat berbeza dengan suhu diatas, di bawah suhu boleh mencapai 19 darjah celcius bahkan boleh kurang dari itu, kadang saking dinginnya perjalanan kereta dihentikan sementara waktu.


Pastinya anda akan bertanya-tanya apakah ada penumpang di stesen ini? Jawapannya ada, dengan rata-rata hanya 60 penumpang per hari, stesen ini biasa digunakan untuk bersekolah ataupun bekerja.


Lelah menuruni anak tangga akan terbayarkan, kerana setelah melewati terowong anda akan disajikan dengan pelbagai keindahan alam seperti hamparan pohon sakura, sedangkan pemandangan yang menghadap ke pantai akan kita jumpai desa nelayan tradisional (Tsutsuishi Hamatokuai).

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Subway Paling Seram di Jepun"

Post a Comment