Cerita mengatakan bahawa di atas sana, dalam kegelapan, diluar cahaya yang dipantulkan bumi. terdapat sebuah objek yang mengelilingi bumi. Sebahagian besar manusia bumi tidak menyedari pengunjung yang tidak sah ini. Ini adalah satelit Black Knight, sebuah objek misteri yang mengorbit bumi, dan mungkin berasal dari alien - cerita mengatakan bahawa Black Knight telah ada disana selama 13.000 tahun.
Seperti yang dikutip dari versesofuniverse.blogspot.com, legenda satelit Black Knight bermula dengan Nicola Tesla. Dikatakan bahawa ia menerima isyarat radio berulang pada tahun 1899, yang kemudian ia percaya isyarat itu berasal dari ruang angkasa, dan mengatakannya secara terbuka di sebuah persidangan. Pada tahun 1920, operator-operator radio amatur HAM juga mampu menerima isyarat yang sama ini.
Selanjutnya, para saintis di Oslo, Norway bereksperimen dengan transmisi gelombang pendek ke ruang angkasa pada tahun 1928, mula mencatat adanya kelewatan yang panjang atau Long Delay Echoes (LDEs), sebuah fenomena yang tidak sepenuhnya difahami di mana mereka menerima gema beberapa saat selepas penghantaran. Penjelasan akhirnya muncul pada tahun 1954 ketika surat kabar (termasuk St Louis Post Dispatch dan San Francisco Examiner) melaporkan pengumuman dari Angkatan Udara AS bahawa ada dua satelit yang ditemui mengorbit bumi, pada saat tidak ada satu bangsa pun mempunyai kemampuan untuk membuatnya. Ternyata Black Knight telah dikesan oleh beberapa baris bukti, dan telah disahkan oleh Angkatan Udara AS.
Pada tahun 1960, baik di Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet telah memiliki peranti di orbit. Namun pada tarikh 11 Februari 1960, akhbar-akhbar Amerika membawa kabar yang membimbangkan: bahawa orang lain juga mempunyai sesuatu di orbit. Sebuah skrin radar, direka oleh Tentera Laut Amerika Syarikat untuk mengesan satelit mata-mata musuh, telah mengesan sesuatu, yang digambarkan sebagai objek gelap, terbalik. "Itu bukan milik kita, dan itu juga bukan milik Soviet!".
Keesokan harinya, surat khabar melaporkan sedikit maklumat lebih lanjut. Objek misteri itu mengorbit di sekitar 79 darjah dari khatulistiwa, bukan 90 darjah dari orbit polar yang tepat. Orbitnya juga sangat aneh, dengan apogee 1.728 km tetapi perigee nya hanya 216 km dan objek tersebut membuat orbit lengkap setiap 104,5 minit.
Pada saat itu, Angkatan Laut sedang mengesan satu casing yang panjangnya kurang dari 6 meter dari pelancaran Discoverer lama. Discoverer VIII telah dilancarkan pada tarikh 20 November 1959, sebuah batu loncatan menuju pelancaran manusia ke ruang angkasa dan kemudian memulangkannya dalam kapsul berparasit. Pelancaran berjalan sesuai rencana, namun misinya untuk mengeluarkan kapsulnya yang seberat 136 kg tidak berjalan begitu baik.
Kapsul memang keluar seperti yang dirancang, namun kapsul itu entah bagaimana tersesat ke dalam orbit yang agak mirip dengan orbit objek misteri black knight, dan akhirnya dinyatakan hilang. Angkatan Laut mengesan salah satu casing, yang kemudian diketahui mengorbit setiap 103 minit pada 80 darjah, dengan apogee 950 km dan perigee dari 187 km, sama dengan objek Black Knight walaupun tidak persis sama.
Dan kemudian, pada tahun 1963, angkasawan Gordon Cooper melaporkan melihat UFO kehijauan di hari ke 15 dia berada di pesawat Mercury 9. Objek ini disaksikan di skrin radar oleh kira-kira 100 orang di Muchea Tracking Station NASA dekat Perth, Australia. Penjelasan rasmi yang diberikan kemudian adalah bahawa peralatan elektronik Cooper tidak berfungsi, dan ia menghirup terlalu banyak CO2 yang memberinya halusinasi. Realiti Black Knight tampaknya menjadi tak boleh dinafikan.
Pada tahun 1973, penyelidik Scotland Duncan Lunan ingin mengetahui Objek misteri tersebut dengan pasti. Dia kembali menyemak data LDEs dari saintis Norway dan menganalisanya. Lunan mendapati bahawa itu adalah carta bintang yang menunjuk ke Epsilon Boötis, sebuah bintang ganda dalam kumpulan-kumpulan Boötes. Apapun Black Knight itu, seolah-olah itu adalah penghantaran undangan dari masarakat Epsilon Boötis, undangan yang berusia 12.600 tahun, menurut analisis Lunan.
Bahagian akhir dari bukti datang pada tahun 1998, ketika pesawat ulang-alik Endeavor melakukan penerbangan pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada penerbangan STS-88. Angkasawan kapal Endeavor mengambil banyak foto-foto benda aneh, yang tersedia untuk umum di laman web NASA. Tapi segera semua foto-foto itu menghilang. Mereka muncul kembali beberapa waktu kemudian, dengan URL baru, dan dengan berbagai huraian yang menjelaskan bahawa itu adalah foto-foto potongan puing-puing atau sampah angkasa.
Foto-foto yang berkualiti tinggi itu agaknya menunjukkan bentuk seperti pesawat luar angkasa. Sejak itu hampir semua semua laman pencinta UFO dan Alien memberitakan tentang Black Knight. Mereka memberitakan seperti apa bentuknya, dari mana asalnya, bila itu datang, tujuannya sebagai duta, dan juga dituntut sudah disokong oleh begitu banyak saksi yang boleh dipercayai yang berasal dari pegawai-pegawai program luar angkasa.
Jadi, mengapa NASA tidak mau mengakui keberadaannya?
Bantahan dari Mereka yang Sangsi
Betul-betul cerita yang luarbiasa. Idea satelit asing yang telah mengorbit bumi selama 13,000 tahun memang menyeronokkan.
Ternyata bahawa semua potongan-potongan sejarah yang membentuk kisah Black Knight tidak berhubungan satu dengan yang lain. Ungkapan "Black Knight" begitu umum sehingga sukar untuk menentukan kapan nama itu pertama kali menjadi sebahagian dari cerita. Tapi nampaknya nama tersebut diambil dari nama sebuah projek sebenar yang dilakukan dari tahun 1958 hingga 1965, oleh Inggeris yang melancarkan 22 roket dalam sebuah program bernama Black Knight, bertujuan untuk menguji pelbagai kenderaan re-entry. Namun program Black Knight tidak pernah memasukkan apa pun ke dalam orbit.
Nicola Tesla memang menerima isyarat radio berirama pada tahun 1899, dan ia percaya bahawa isyarat-isyarat tersebut berasal dari luar angkasa. Saat ini para saintis yakin Tesla benar, dan isyarat yang dia terima adalah isyarat dari pulsar, sumber denyut isyarat radio yang secara rasmi ditemui pada tahun 1968. Kerana pulsar belum dikenal saat Tesla mengesan isyarat, maka ia menggunakan kata-kata yang dia fikir terbaik untuk menjelaskannya, yaitu: isyarat bijak tetapi tak diketahui maksudnya.
Para saintis Norway memang menerima LDE refleksi radio, dan yang menyebabkan LDE sampai sekarang memang belum diketahui secara pasti. Tetapi saat ini kita mempunyai 15 penjelasan yang masuk akal, dan lima penjelasan yang paling mungkin diantaranya adalah berkaitan dengan kesan aneh di ionosfera bumi. Daripada 15 penjelasan yang masuk akal tersebut, tak satu pun yang berkaitan dengan satelit alien yang mengorbit; walaupun jika satelit alien memang memasuki orbit kita, mencatat penghantaran kita, dan menghantarnya kembali ke kita 8 saat kemudian, ia juga boleh mempunyai kesan yang sama.
Ketika Duncan Lunan melakukan terjemahan dari data LDE pada tahun 1973 dan datang dengan peta bintang, dia tidak pernah mempunyai pemikiran Black Knight atau satelit kutub aneh lainnya. Bahkan penafsirannya adalah bahawa LDEs datang dari titik Lagrange L5 bumi. L4 dan L5 dua titik di sepanjang orbit bulan, satu 60 ° di depan dan yang lain 60 ° di belakang, yang stabil dan di mana kesan gravimetri dari Bumi dan Bulan akan membuat objek di orbit tersebut stabil. Selain itu, Lunan kemudian mengakui bahawa kaedah itu tidak hanya tidak ilmiah namun ia telah membuat kesalahan langsung, yang kemudian ditariknya kembali. Jadi, sebenarnya tidak pernah ada yang interpretasi yang masuk akal yang menghubungkan Epsilon Boötis ke salah satu satelit misteri atau ke tarikh 12.600 tahun yang lalu.
Berita akhbar-akhbar tahun 1954 mengenai dua satelit di orbit? Itu hanya laporan tuntutan liar UFO dari orang yang ingin bukunya laris dipasaran. Pegawai Tentera Udara yang dikutip hanyalah seorang lelaki yang telah melihat UFO sekali, tetapi sama sekali tidak menguatkan gagasan satelit yang mengorbit bumi yang tidak diketahui. Tidak ada hubungannya dengan dugaan Black Knight.
Bahagian yang paling menarik dari cerita itu pada tahun 1960, ketika satelit Discoverer sedang dilancarkan. Setiausaha Tentera Udara Dudley Sharp mengatakan kepada surat khabar bahawa objek misteri baru itu mungkin adalah casing dari Discoverer VIII, kerana ukurannya tepat dan di sekitar tempat yang tepat. Ini akan disahkan. Majalah TIME bahkan telah melaporkan pengenalan, tapi kerana penjelasan biasa tidak semenarik berita misteri, maka penjelasan tersebut tidak banyak mendapat perhatian awam.
Dan ada catatan kaki lain yang menarik tentang program Discoverer. Pada tahun 1992, program CIA yang dipanggil Corona di buka, dan mendedahkan bahawa roket Discoverer membawa satelit mata-mata Corona. Alasan untuk menggunakan orbit polar adalah bahawa satelit itu melayang di atas setiap bahagian dari bumi, dan hal itu membolehkan untuk mengambil gambar segala sesuatu; tidak seperti orbit semi-Ekuatorial konvensional yang hanya dapat meliputi lintang dalam jarak tertentu. Pada masa itu belum ada penghantaran gambar digital ke bumi, sehingga kamera filem harus digunakan, dan filem harus turun kembali ke bumi untuk diproses dan dipelajari. Kamera Corona KH-1 akan dilemparkan dari orbit dengan payung terjun, dan kemudian parasut akan ditangkap di udara oleh pesawat JC-130.
Jadi pelancaran dan hasil yang dilaporkan di akhbar pada masa itu memang benar sesuai dengan apa yang kemudian diklasifikasikan. Kamera Corona dari Discoverer VIII memang hilang persis seperti yang dilaporkan dalam surat khabar tahun 1960, dan casing serta orbit eksentrik mereka juga dilaporkan dengan betul.
Lalu apa yang Gordon Cooper lihat dari Mercury 9, dan yang dikuatkan oleh semua pengendali radar? Menurut Cooper sendiri (yang meninggal pada tahun 2004), ia tidak melihat. Tapi jangan salah, Gordon Cooper melaporkan melihat banyak UFO selama kerjaya penerbangannya. Dia tetap berkeras tentang armada UFO yang katanya terbang di atas kepala apabila ia diletakkan di Jerman, walaupun tidak ada orang lain yang ikut menyaksikan hal itu. Namun Cooper juga menegaskan bahawa UFO Mercury 9 (penampakan dari Black Knight kehijauan pada tahun 1963) adalah karangan yang dibuat oleh penulis UFO dan tidak pernah terjadi. Dia menunjukkan semua transkrip asal sebagai bukti bahawa tidak ada hal seperti itu dia laporkan selama dia berada di Mercury 9. Cerita laporan penampakan UFO olehnya muncul dalam hampir setiap buku UFO tentang kes Black Knight, tetapi tidak ada catatan tentang hal tersebut dari NASA, dari kakitangan stesen radar, atau dari sumber kontemporari.
Yang terakhir adalah pesawat STS-88 Endeavor, dan foto-foto mengejutkan tentang pesawat ruang angkasa yang mereka jumpai. Ada banyak hal yang salah dari cerita bahagian ini. Pertama-tama, pesawat ulang-alik selalu terbang dalam orbit semi-Ekuatorial, seperti halnya Stesen Angkasa Antarabangsa. Sebuah objek lewat di orbit polar akan berlalu pada puluhan ribu kilometer per jam, terlalu cepat untuk dilihat, dan tentu saja terlalu cepat bagi siapapun, untuk mendapatkan foto yang berkualiti tinggi darinya. Jadi mungkin foto-foto tersebut hanyalah foto-foto dari sampah ruang angkasa yang memang banyak bertebaran mengorbit bumi.
0 Response to "Misteri Satelit Black Knight"
Post a Comment